Thursday, 22 August 2013

TOYOTA VIOS 1.5E (A)

TOYOTA VIOS 1.5E (A)


  • TOYOTA VIOS Image
130819F0563 / 00452749 / T6723

Toyota Vios Features & Description

MakeTOYOTAModelVIOS 1.5E (A)
Year2004Color
LocationK.Lumpur  
Features1-Careful owner, Acc. Free
Additional DescriptionMaintained by TOYOTA, Nice number WXX 1717, Cash Sale

Tips memilih kaca mata

Tips memilih kaca mata

20 Ogos- Pemakaian cermin mata kini bukanlah hanya sebagai langkah pencegahan untuk melindungi mata dariapada sinaran cahaya matahari, malah ia sememangnya menjadi trend buat masa kini.

Anda mahu berfesyen dengan trend kaca mata yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ini? Boleh saja, tetapi sebelum itu mari lihat tips memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah anda.

Wajah bujur sirih
Wajah jenis ini memang beruntung kerana semua jenis kaca mata akan tampil menarik jika digayakan. Kaca mata berbingkai kecil daripada wajah memang sangat sesuai untuk kamu. Jangan lupa kaca mata tersebut mesti bersesuaian dengan panjang dan lebar wajah anda. Ada yang memiliki wajah berbentuk bujur namun bermuka kecil. Jadi, anda akan kelihatan aneh jika memakai kacamata yang berbingkai besar dan lebar.

Wajah panjang
Pilihan kaca mata yang mempunyai bingkai yang boleh menutup bahagian tengah wajah dapat membantu meminimakan bentuk wajah panjang anda. Selain itu, kaca mata segi empat yang berbingkai tebal boleh membuat wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang.

Wajah bulat
Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan yang tepat buat anda. Pilihan warna gelap seperti hitam juga mampu menutup muka anda yang bulat itu. Pilihan kaca mata segi empat juga boleh menyamarkan wajah bulat tersebut

Wajah Empat Segi
Pemakaian kaca mata bingkai melengkung pasti tampak menarik untuk bentuk wajah seperti ini. Posisi pemegang bingkai yang diletak tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan kelebaran wajah anda.

Wajah Bentuk Hati
Mempunyai wajah berbentuk hati seperti aktor "Johnny Depp" ialah orang yang berdahi lebar dan mengecil di bahagian dagu. Untuk wajah seperti ini, kaca mata tidak berbingkai, kaca mata berbentuk segi empat dan bentuk kaca mata bujur yang mempunyai lensa memanjang ke bawah mampu menyamarkan tulang pipi.

Wajah Tiga Segi 
Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit dan melebar pada bahagian rahang dan pipi. Kaca mata dengan bingkau yang tebal dan lebar boleh menyeimbangkan bentuk muka anda di bahagian atas dengan bawah

Tips gayakan dress labuh

Tips gayakan dress labuh

6 Ogos - Dress labuh memang sesuai untuk digayakan ketika musim panas. Ia mampu memberikan ketenangan kepada si pemakai dan sangat senang untuk digayakan. Ramai yang menyangka dress labuh hanya sesuai untuk individu yang bertubuh tinggi namun dress labuh bukanlah hanya pilihan untuk perempuan tinggi sahaja, ia masih boleh digayakan oleh semua perempuan tanpa mengira bentuk badan.

Mari kita lihat tips untuk menggayakan dress labuh ini dengan pelbagai gaya.

Gaya "Bohemian"
Gaya "Bohemian" dimaksudkan dengan gaya individual, romantik dan berjiwa bebas. Jika anda bertubuh genit, gayakan dress labuh bercorak kecil dengan pilihan warna yang gelap. Warna gelap mampu memberi ilusi tinggi dan langsing. Untuk melengkapkan gaya tersebut, pakailah sandal rata dan padankannya dengan gelang dan cermin mata.

Bergaya "Rock" dan kasual
Untuk mendapatkan gaya 'rock' atau kasual, padankan dress labuh anda dengan jaket kulit hitam. Jaket denim juga mampu menghasilkan gaya yang sama sekiranya dress labuh itu mengikut bentuk tubuh. Dress labuh berfabrik jersi sangat sesuai jika digayakan dengan jaket dan but.

Dress berbelah
Dress berbelah akan menonjolkan kaki anda yang seksi jika dipadankan dengan but rata di malam hari. Gaya ini boleh dikenakan sepanjang hari jika dikenakan dengan jaket kulit.

Gaya 'minimal'
Tiada cacat celanya jika anda tampil santai dalam mengenakan dress labuh. Namun, anda perlu pandai bereksperimen dengan warna, tekstur dan jenis dress tersebut. Tampil dengan gaya monokrom adalah salah satu cara untuk tampil santai tetapi tetap anggun dan bergaya.

Gaya sewaktu makan malam
Sama seperti 'minimal', makan malam anda seharusnya kelihatan ringkas namun menyerlah. Ia harus diserlahkan dengan pemakaian aksesori seperti anting-anting dan clutch yang sesuai. Gincu merah juga boleh menyerlahkan keseksian anda dalam temujanji makan malam anda.

Santai hujung minggu 
Bersantai bersama rakan-rakan waktu petang di hujung minggu memang menggembirakan. Pilihan yang sesuai untuk keluar bersantai dengan rakan-rakan semestinya dress labuh. Dress jalur beserta sandal dan topi akan membuatkan anda kelihatan hebat sewaktu santai. Untuk kelihatan lebih kemas, ikat rambut anda dengan gaya ekor kuda.

Makanan musim sejuk

Makanan musim sejuk

7 Ogos - Ketika musim sejuk, kita bukan sahaja memerlukan baju yang tebal dan panas untuk menyesuaikan diri dengan keadaaan cuaca malah pilihan makanan juga penting untuk membantu mengurangkan kadar kesejukan fizikal anda.

Nak tahu makanan apakah yang mampu menghangatkan badan anda selain daripada sup dan secawan teh panas? Mari kita lihat apakah makanan tersebut.

Bijirin gandum 
Bijirin seperti oat, barli dan beras perang mengandungi karbohidrat kompleks dan sangat susah untuk dicerna berbanding karbohidrat yang ringkas. Semangkuk bubur pada waktu pagi juga belum mampu untuk memanaskan badan anda. Jadi, jangan lupa tukarkan sajian anda kepada barli.

Sayur-sayuran
Sememangnya kahsiat sayur tidak dapat dinafikan. Sayur-sayuran hijau bantu untuk menambahkan zat besi manakala sayur-sayuran bervitamin C seperti lobak, labudan kubis mampu membantu anda menaikkan suhu.

Protein
Daging lembu, ayam dan ikan mengambil masa sangat lama untuk dicerna. Jadi, makanan yang berada lama dalam tubuh badan sekaligus mampu menaikkan suhu badan sehingga kesejukan berkurangan.

Herba dan rempah ratus 
Kayu manis, halia dan bawang putih bersama dengan rempah ratus yang lain boleh memberi haba kepada fizikal. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisme di dalam badan malah mampu menghindarkan diri kita daripada terkena selsema walaupun cuaca sejuk. Halia juga menggalakkan peraliran darah ke kaki anda dan membantu meberikan kehangatan dari hidung ke kaki.

Beli kek cawan melalui mesin ATM!

Beli kek cawan melalui mesin ATM!

19 Ogos - Sebut sahaja mesin ATM, ramai yang tahu mesin ATM ialah sebuah mesin khas untuk mengeluarkan wang. Tetapi, lain pula halnya dengan mesin ATM di kedai kek Sprinkles yang terletak di Beverly Hills, California di Amerika Syarikat.

Ini kerana mesin ATM berwarna merah jambu yang diletakkan di hadapan kedai bukanlah untuk mengeluarkan duit, tetapi memberi kelebihan kepada pelanggan Sprinkles untuk membeli kek cawan pada bila-bila masa sahaja kerana ia merupakan mesin yang beroperasi 24 jam!

Kedai kek terkemuka ini sememangnya menerima ramai pelanggan dengan lebih 1000 kek cawan terjual pada setiap hari. Jadi, Vineet Pilot yang bertanggungjawab dalam menghasilkan mesin ini telah memastikan mesin tersebut beroperasi dengan jayanya.

Pelanggan tidak perlu merasa khuatir dengan kualiti kek yang dijual melalui ATM Sprinkles kerana ia dibuat hanya beberapa jam sebelum dijual. Malah, anda boleh menikmati lapan pilihan kek cawan dengan harga $4 (RM13) sebiji.

Sementara itu, Sprinkles juga kini merancang mencari tiga lokasi lagi yang sesuai untuk meletakkan mesim ATM kek cawan mereka.

Restoran bertemakan hospital

Restoran bertemakan hospital

20 Ogos- Sangat unik dan mengagumkan! Seorang pengusaha restoran di Latvia muncul dengan idea pemasaran yang cukup luar biasa dengan membuka sebuah restoran "Hospitalis" berkonsepkan hospital untuk menarik perhatian pelanggan.

Keseluruhan dekorasi dalaman restoran tersebut sama seperti suasana di hospital malah kesemua pelayannya memakai uniform seperti jururawat.

Apa yang lebih menarik, alatan yang digunakan juga menyerupai peralatan hospital seperti gunting, steteskop dan kerusi yang digunakan di klinik gigi bagi menyerlahkan lagi suasana dalam hospital.

Pelanggan yang mengunjungi restoran berkenaan akan dipakaikan pakaian pesakit mental yang sering anda lihat di hospital sebelum ini. Selain itu, pelayan akan menyuntik masuk makanan yang dipesan ke dalam mulut anda mengikut masa yang ditetapkan sama seperti situasi di mana jururawat memberikan ubat kepada pesakitnya.

Acer

Nokia Asha 210 dan 501 mula dipasarkan

Nokia Asha 210 dan 501 mula dipasarkan

22 Ogos- Syarikat telekomunikasi terkemuka Nokia sudah mula memasarkan dua buah telefon model Asha iaitu Nokia Asha 210 dan Nokia Asha 501 dengan harga yang cukup berpatutan.

Nokia Asha 210 dijual dengan harga RM219 dengan ciri papan kekunci QWERTY yang mempunyai butang media sosial khas bagi membolehkan anda mengakses laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram dengan mudah.

Selain itu, telefon dwi sim ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan melayari Internet seperti sokongan WiFi. Telefon yang mempunyai kamera beresolusi dua megapiksel ini juga turut mempunyai fungsi suntingan serta perkongsian.

Terdapat pelbagai pilihan warna ditawarkan kepada pengguna selain memanfaatkan sepenuhnya pelayar Nokia Xpress Browser yang menggunakan teknologi cloud bagi mengurangkan penggunaan data sehingga 90 peratus.

Satu lagi telefon model Nokia Asha 501 dengan rekaan elegan yang membolehkan pengguna membuka kasing belakang yang dijual dengan harga RM299. Telefon ini mempunyai skrin sentuh 3.0 inci dengan berat minimum 98 gram selain mempunyai paparan antigores.

Terdapat dua pilihan skrin utama yang ditawarkan iaitu Home dan Fastlane. Home adalah skrin tradisional yang menawarkan ikon aplikasi biasa untuk mengakses ciri spesifik manakala Fastlane memperlihatkan penggunaan kerap bagi aplikasi sebelum memberi paparan menu yang kerap dikunjungi.

SPESIFIKASI

NOKIA ASHA 210
Harga: RM219
Rangkaian: GSM/EDGE 900/1800
Antaramuka: Series 40 Asha
Dimensi: 111.5 x 60 x 11.8mm
Berat: 97.3g
Paparan: 2.4 inci QVGA
Memori: 64MB (dalaman), sokong kad microSD
Masa bersedia: 24 hari
Masa berbual: 12 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP

NOKIA ASHA 501

Harga: RM299
Rangkaian: GSM 900/1800 + WLAN, GSM 850/1900 + WLAN
Antaramuka: Nokia Asha Software Platform
Dimensi: 99.2 x 58 x 12.1mm
Berat: 98g
Paparan: 3 inci QVGA TFT
Memori: 128MB + 4GB
Masa bersedia: 26 hari
Masa berbual: 17 jam
Bateri: BL-4U, 1200mAh
Kamera: 2MP
Ciri: 40 game premium percum

Samsung GALAXY S4 Zoom baru!

19 Ogos - Samsung kembali melancarkan model terbaru GALAXY S4 iaitu Samsung GALAXY S4 Zoom yang menggunakan prosesor 1.5 GHz Dual- Core dengan keupayaan fotografi yang terkini.

Telefon pintar dengan kamera kompak tercanggih ini menawarkan fungsi hampir sama dengan model Samsung S4 yang terdahulu namun digabungkan dengan Optical Zoom 10X sensor CMOS 16 megapiksel, penstabil imej optik (OIS) dan Xenon Flash yang menggunakan teknologi GALAXY 4 terbaru.

Dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2, S4 zoom tampil dengan rekaan lebih menarik dan menonjol khususnya di bahagian belakang. Selain itu, ia mampu meningkatkan pelbagai fungsi dalam model S4 sebelum ini termasuk fungsi Touchwiz yang boleh mengubahsuai banyak aspek seperti paparan statik dan notifikasi bagi memberi pengalaman yang menakjubkan kepada pengguna.

Antara fungsi tambahan lain ialah Samsung Link, Samsung CHatON, S Voice, S Translator, Share Music (MP3) dan Trip Advisor.

Pengeluaran model S4 zoom ini sememangnya mampu memenuhi keperluan kerana pengguna dapat merakam imej seperti jurugambar profesional selain digunakan untuk membuat panggilan biasa, membalas pesanan, melayari Internet dan aktif di laman sosial.

Peranti dengan memori dalaman 8GB datang dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih dan sudah pun berada di pasaran dengan harga RM1699 seunit.

Wednesday, 21 August 2013

  CAR DEALER

     Proton Gen2 (A) -04

 Advertised by IMK AUTOMOBIL
 Contact Advertiser  Yesterday 23:11.  List-ID: 22783771 Manage

Proton Gen2 (A) -04 - Image
Location: Sabah - Penampang
Price: RM 20 000
Proton Gen2 (A) -04 - Thumbnail
Proton Gen2 (A) -04 - Thumbnail
Proton Gen2 (A) -04 - Thumbnail
Proton Gen2 (A) -04 - Thumbnail
Address: jalan penampang
Location: Sabah - Penampang
Postcode: 88300
Condition: UsedPrice: RM 20 000Type: Hatchback
Make: ProtonModel: Gen2Reg. year: 2004
Mileage: 110 000 - 119 999Transmission: AutoEngine Capacity: 1600 cc
Color Type: Non-Metalic
Color:
Accessories: CD Player, Central lock, Adjustable steering

Proton Gen2 jual murah2...low mileage. Enjin bagus..acon sejuk. 0 deposit. Full loan. Buka rm20000. Cash boleh nego. Inikalilah!!!! Call:
Ian: 016812365
Joe: 0198206808