Makanan musim sejuk
View Photo
Makanan musim sejuk
7 Ogos - Ketika musim sejuk, kita bukan sahaja memerlukan baju yang tebal dan panas untuk menyesuaikan diri dengan keadaaan cuaca malah pilihan makanan juga penting untuk membantu mengurangkan kadar kesejukan fizikal anda.
Nak tahu makanan apakah yang mampu menghangatkan badan anda selain daripada sup dan secawan teh panas? Mari kita lihat apakah makanan tersebut.
Bijirin gandum
Bijirin seperti oat, barli dan beras perang mengandungi karbohidrat kompleks dan sangat susah untuk dicerna berbanding karbohidrat yang ringkas. Semangkuk bubur pada waktu pagi juga belum mampu untuk memanaskan badan anda. Jadi, jangan lupa tukarkan sajian anda kepada barli.
Sayur-sayuran
Sememangnya kahsiat sayur tidak dapat dinafikan. Sayur-sayuran hijau bantu untuk menambahkan zat besi manakala sayur-sayuran bervitamin C seperti lobak, labudan kubis mampu membantu anda menaikkan suhu.
Protein
Daging lembu, ayam dan ikan mengambil masa sangat lama untuk dicerna. Jadi, makanan yang berada lama dalam tubuh badan sekaligus mampu menaikkan suhu badan sehingga kesejukan berkurangan.
Herba dan rempah ratus
Kayu manis, halia dan bawang putih bersama dengan rempah ratus yang lain boleh memberi haba kepada fizikal. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisme di dalam badan malah mampu menghindarkan diri kita daripada terkena selsema walaupun cuaca sejuk. Halia juga menggalakkan peraliran darah ke kaki anda dan membantu meberikan kehangatan dari hidung ke kaki.

No comments:
Post a Comment